Geng Blogger
Login
DEPAN ULASAN BLOG ENTRI BEST HARI INI BLOGGER FORUM POPULAR HARI INI
Soalan 1
Ceritakan serba sedikit pasal diri anda. Orang mana? Kerja apa? Study ke?..kalau boleh letak la gambar sekali.
: Maaf, gambar 'diedit' sehingga ke tahap paling optimum. Jerawat-jerawat yang menakutkan dihilangkan ~ he..

     Nama gua Eldy, (nama rekaan diri sendiri xD) berbangsa Cina, berumur 19 tahun (2010) dan tinggal di Sarawak, Malaysia.. Gua sekarang menuntut di tingkatan 6.. Jangan berasa hairan kenapa gua seorang budak Cina tetapi tulis blog dalam bahasa Melayu, gua beritahu 2 sebab utama : (i) gua suka blogging (ii) gua suka akan Bahasa Kebangsaan kita ini (^.^) !


Soalan 2
Telah berapa lama anda menceburkan diri dalam penulisan blog? Apakah yang menjadi motivasi kepada anda untuk menjadi seorang blogger?
     Masanya gua rasa belum cukup setahun lagi. Gua berdaftar awal dengan blogger.com di cc pada December 2008, (tapi tidak aktif) sehingga internet dipasang di rumah pada 2009 (beberapa minggu selepas Tahun Baru Cina).
     Gua masih ingat dengan jelas sebab $$ Ang Pau pada tahun itu gua habiskan untuk beli modem. (wireless celcom broadband) Selepas ada internet apa lagi, main apa yang kawan-kawan main : friendster, facebook, download lagu, download software dan macam-macam lah ~ Pada bulan April, blog telah mewarni hidup gua (che.. ^.^)" ~

Jadi, motivasi gua yang mendorong gua menulis ialah = kebetulan + keseronokan !


Soalan 3
Apakah perasaan anda terpilih menjadi 'Blogger Bulan Ini' di Gengblogger.com?
     Sudah semestinya berasa gembira ! Selain daripada gembira, gua tidak tahu lagi mahu cakap apa lagi wei.. hahaha !


Soalan 4
Terangkan serba sedikit mengenai blog anda, apakah tema blog anda dan penulisan anda selalunya berkitar mengenai perkara apa?
     Blog gua, Jejaktrend sebuah blog yang tidak sesuka hati menulis pasal semua benda, gua menulis mengikut 7 kategori :


Soalan 5
Apakah niat anda berblogging, adakah semata-mata kerana mahukan populariti, duit, traffic atau kerana ingin memberi info kpd para pembaca?
     Hobi (^@^) !! Berblogging merupakan sesuatu aktiviti yang lebih berfaedah untuk dibuat apabila berdepan dengan komputer daripada ketagih terhadap game, chatting dan laman social online.
     Populariti sekiranya dijadikan matlamat gua berblogging, gua rasa gua akan syok sendiri sehingga ke tua.. sebab gua bukannya artis / siapa-siapa ~


Soalan 6
Soalan pertama: Anda menulis pada waktu bila? Dah nama pun busy. Guna ilmu hitamkah??? Soalan kedua: bagaimana anda mampu menarik jumlah trafik yang ramai, pastinya jumlah earning dari blog anda banyak.... Boleh kongsikah???
     Pada hari Isnin hingga jumaat, gua (walaupun tidak semestinya akan hari-hari kemas kini) biasanya masa petang itu gua menulis entri.. Ketika hujung minggu itu gua tidak pasti sangat. Sama ada sebelah pagi, petang ataupun pada tengah malam, jari boleh mengatal ~

     Tips ? Harap maklum blog gua bukannya hebat sangat pun.. apapun gua kongsi 1 tips yang paling berguna > Isi kandungan adalah hampir segala-galanya !

Siapa yang akan pergi layan blog kamu kalau kamu sekadar menulis dengan sikap 'watever' ? Siapa akan ingat blog kamu kalau penulisan kamu itu tidak dapat orang faham apa-apa ? Siapa yang akan sengaja pergi melawat blog kamu daripada tidak cuba mencari info dengan menggunakan Google ?

     Blog ini tidak macam Facebook, blog ini orang masuk untuk baca. Kalau tidak dapat baca mestilah 'chao' kan ? Sebuah novel yang terlaris, tiada faktor utama yang lain, yang membawa kepada kerjayaannya selain isi kandungannya yang memang mantap.



Soalan 7
Berikan 3 nama blogger idola anda, sila masukkan link sekali yer.
     Justkhai, Halis Zalikha dan Kennysia. Ketiga-tiga mereka mempunyai terlebihan masing-masing.
    
     Bro Khai menulis santai tapi point tidak pernah lari. Penulisannya yang menyenangkan hati tidak kira apa jua topik.. (Apalagi topik yang tepat dengan selera gua ^^)

     Kak Hanis pun mantap dalam penulisan, dia merepek pun gua syok mahu membaca sampai habis. (+ dia model juga, cantik o.. kekeke..)

     Kenny seorang blogger yang lawak ! Dia sanggup mengorbankan 'kemachoannya' semata-mata untuk menghiburkan pembaca. haha ~
    



Soalan 8
Sebagai blogger berbahasa Melayu, pada pendapat anda bagaimanakah blog di dalam bahasa Melayu boleh memberikan impak kepada industri blog tempatan.
     Memartabatkan bahasa Melayu ! Pengaruh blogger bahasa Melayu ini cukup penting kerana dapat mempengaruhi orang lain / bakal blogger untuk menulis dalam bahasa Melayu.


Soalan 9
Apakah pandangan anda tentang web Gengblogger.com, sila bagi cadangan macam mana caranya untuk memajukan lagi Gengblogger.com.
     Unik dan eksclusif ! Mengekalkan apa yang sedia ada, boleh cuba mengadakan bloggers gathering.


Soalan 10
Akhir kata daripada anda kepada pembaca-pembaca blog anda dan juga kepada mereka yang membaca wawancara ini?
     Kepada pembaca blog gua, gua ucapkan jutaan TQ (>.^) !! Kepada bloggers yang gua belum kenal, selamat berkenalan ! (dan TQ juga)

P/s: Promote contest sikit di sini : Contest blogspot template jejaktrend + Ang Pao

TQ GB !!



Komen
waahhhh.. tahniah2.. memang blog anda bagus.. baru jln2 sana smalam.. (tp kite silentreader ajee)ahaa.. itu kontest ar.. mau join ok kaa? eheheheh :D
dikomen oleh yus pada 07:44PM 27 January
tu dia taiko blogspot... salam eldy... tahniah sbb terpilih jadi blogger bulan ini... mmg sesuai dgn gaya santai bro bawa selama ni.. teruskan berblog kerana anda mmg cool! yeeha~  :)
dikomen oleh lazaac pada 07:45PM 27 January
eceh syok kat Hanis Zalikha rupanye ko..kuikui..melepas la awek2 lain..keke
dikomen oleh kon pada 07:45PM 27 January
eleh lu eldy, gatal ! suke hanis plak :D haha.
dikomen oleh angeldream pada 07:47PM 27 January
wahh.. sifu jadi blogger of the month.. tahniah.. 1st time masuk jejaktrend dulu untuk blajar seo, buat meta tag.. hehe.. byk gak tutorial lain yg besh.. keep it up..
dikomen oleh Ezany-Kun pada 07:54PM 27 January
hoyehhh hoyehhhh..congrat..;)
dikomen oleh @adlynna@ pada 08:00PM 27 January
tahniah bro...gua suka lu punya blog header...simple dan sempoi...
dikomen oleh Miro Slav pada 08:00PM 27 January
eldy, tahniah tahniah tahniah! 
dikomen oleh fentomatte pada 08:08PM 27 January
bagus2. aku applaud kalau bangsa lain pun blogging guna bahasa Malaysia. kebanyakan blogger bukan Melayu tak sanggup/tak pernah cuba untuk berblogging dalam bahasa malaysia. AKu pun tak faham kenapa.
dikomen oleh ariff pada 08:10PM 27 January
wah eldy..... nasib baik dah tahu dia cine... bulan Feb tak lama lagi taudung..dung ceng...!
dikomen oleh Kujie pada 08:18PM 27 January
nice one eldy. congratez! heh
dikomen oleh zackzukhairi pada 08:19PM 27 January
lu sure ke lu ni berbangsa cina? pergi cek surat beranak tu balik... hahahaaaa.. tahniah r bro...
dikomen oleh morriss pada 08:22PM 27 January
pemilihan bulan feb ni sempena tahun baru cina kah?.. kenapa 1 blogger je untuk bukan ini?.
dikomen oleh nursarah puteri biru pada 08:22PM 27 January
kagum jugak ada orang Cina nak berblogging dalam bahasa Melayu. Sebelum ni pernah masuk website Jejaktrend, dalam hati terfikir, cina ke dia ni? Hehe. Tak explore banyak sangat sebelum ni. Btw congratz Eldy. Teruskan berblogging....
dikomen oleh oh! malaysia pada 08:43PM 27 January
@nursarahkalau tak silap pertengahan bulan nanti ada lagi sorang blogger bulan ini. macam tu better.
dikomen oleh ariff pada 08:58PM 27 January
@ ariff, owh, begitu ke.. yup, better buat camtu. setujulah
dikomen oleh nursarah puteri biru pada 09:04PM 27 January
kau cina ke eldy.. mati² aku ingat kau melayu haha cara kau menulis sejibik melayu siut . muka kau pun macam melayu . Neway bukan racist tapi Aku salute dan tabik spring kereta kat kau weh !Improve lagi BM tuh kasi mantap bagi aku makin tercengang yoh ! Miahahaha
dikomen oleh MelRomeo pada 09:27PM 27 January
tahniah ! tahniah !
dikomen oleh @boi pada 09:36PM 27 January
Warh bagus ni .Jarang abngsa cina mahu menulis dalam Bahasa Melayu.Teruskan Eldytahniah! =)
dikomen oleh Perempuan itu pada 09:44PM 27 January
woi..HAHAHA apa khabar sarawak?? gua pun org Sarawak...dari Kuching....18 tahun tunggu result SPM... baru aebulan start blogging..masih bayi lagi..masih mentah..maybe masuk form 6 at St Joseph...or SMK Matang Jaya...you sekolah mana?? SMK Jalan Arang?? salam kenal sama lu..gua bangga ada anak Sarawak Borneo di sini...majulah blogger Malaysia!!
 
-Cina, India, or Malay, gua x kan tanya sama you..yg penting sy tahu.. you org Malaysia!!-
-Kita semua darah sama warna mah...-
dikomen oleh Hafiz_mohd pada 10:30PM 27 January
congratulation bro...
dikomen oleh Azrul Hisham Mohammad pada 11:09PM 27 January
cayok.. agi idup agi ngelaban.. regards sarawak.
dikomen oleh pengeRindu pada 12:05AM 28 January
walawey~hehehe..congrats2 bro~
dikomen oleh Nabiel pada 12:09AM 28 January
thumbs up!
dikomen oleh fifi pada 07:55AM 28 January
Terbaik la bro. Caya lah.Yeah, sayangilah bahasa kebangsaan kita. :D
dikomen oleh amiroulfaiz pada 08:17AM 28 January
tahniah bro. dr gune free domain sampai la ade domian sendiri. thumbs up!
dikomen oleh landivai pada 11:41AM 28 January
blog u memang terbaik. macam tak sangka u berbangsa cina dan memartabatkan bahasa kebangsaan! teruskan bro!
dikomen oleh lisa lisot pada 11:51AM 28 January
sangat ketahniahan !g0ng xi fa chai~ ngeee
dikomen oleh miss lolly aka luvfareda pada 06:00PM 28 January
tahniah2 anda mmg patut dpt title ni.. keep it up
dikomen oleh Ichigo pada 08:03PM 28 January
wahh;p
dikomen oleh Anem Arnamee pada 01:31AM 29 January
bravo blogger sarawak!
dikomen oleh mustaffayasin pada 02:35PM 29 January
well done, finally! tahniah wat yg terbaik
dikomen oleh diden pada 03:12PM 29 January
tahniah bro..terus kn
dikomen oleh aril pada 05:08PM 29 January
angpau bro.
dikomen oleh pengeRindu pada 02:02AM 30 January
Eldy memang rock.. Muda2 dah pandai berblog...Memang blog dia ada niche.. Tu yg ramai datang tu....
dikomen oleh zool pada 07:33PM 30 January
tahniah tahniah!=)
dikomen oleh qais135 pada 10:51PM 31 January
tahniah! penulisan awak memang bagus.hehe
dikomen oleh pikagarpu pada 12:12AM 01 February
cewah... orang sarawak... hehe
dikomen oleh Asyraf File pada 04:01PM 01 February
cayalah!!...
dikomen oleh zikrihusaini pada 08:41PM 02 February
wow hebat tuh!!!!congratss!!
dikomen oleh pojiepooh pada 11:40AM 09 February
Tahniah..Gua teruja baca wawancara lu..
dikomen oleh Zazali Nordin pada 10:47PM 13 February
good luck alwaiz bro..^^
dikomen oleh seido syafeeku pada 02:51AM 14 February
tahniah eldy..
dikomen oleh coretansara pada 12:53PM 19 February
congrat eldy the cute, hehehe...
dikomen oleh ZULAIKHA pada 11:36AM 28 February
eldy..kita sa,a negeri sama bndar owh..kung..kung kung
dikomen oleh joe pada 04:04AM 05 March
Cina rupanya kamu.. Bagusnya. Hehe.. Siapa pun ktia tiada bezanya. Dalam dunia ini hanya ada dua jenis manusia.. yang baik dan tidak baik. Org baik lakukan perkara baik dan orang jahat lakukan perkara jahat. Ada apa pada bangsa, agama mahupun keturunan.Keep it up n thanks kerana menjadikan Justkhai sebagai rujukan blogging kamu..
dikomen oleh Justkhai pada 05:28AM 04 April
Thumb up for Eldy!Congratulation~
dikomen oleh anak pak cik pada 05:02PM 10 April
kery kagum akan kamu...syabaas org cina sbb boleh bercakap Melayu....terima kasih kerana bljar bahasa melayu...hebat tu!!!!!!
dikomen oleh Eii Tak Nak pada 12:55PM 17 April

WAWANCARA BERSAMA BLOGGER BULAN INI
ELDY
lelaki, 19 tahun
Kuching, Sarawak
Blog
http://www.jejaktrend.com
WAWANCARA INI TELAH DIBACA OLEH

dan 985 pengunjung yang lain
PENULISAN ELDY
166
Cek pertama daripada nuffnang
96
Though My Window - Bunkface
87
Trick main Farmville
85
Geng blogger – bloggers bergeng
78
Bukan salah dia tak berbudi bahasa
71
Print screen tidak perlukan software
64
Dating
61
Cara kreatif menukar background blog
61
Blogspot vs Wordpress
59
Gua ‘ditackle’ seorang awek
56
Majalah online secara percuma
53
Entri paling sedih, terbaru dan juga terakhir
49
Gua jemur akan facebook
49
Avi converter ? Avi to.. ? Guna Format factory
45
Suami lebih muda daripada isteri, halal ?
 
ARIFF
http://ariffshah.com
Pemenang Pertandingan Cipta Tagline
DIDEN
http://www.seniaku.com
Pemenang Pertandingan Cipta Favicon

Gengblogger.com adalah sebuah jaringan sosial blogger-blogger berbahasa Melayu dan juga aggregator. Entri-entri yang diping dan dipaparkan di adalah dibawah lesen CCA 3.0